CARA MUDAH MENGHILANGKAN TOXIN ATAU RACUN DARI DALAM TUBUH


Program Detoks adalah proses mengeluarkan racun atau toksin dari dalam tubuh melalui urin, peluh, pernafasan, dan pembuangan dengan melalui empat organ utama tubuh iaitu, hati, ginjal, saluran pencernaan, dan kulit.

Dengan proses detoks ini kita dapat mengoptimumkan proses pengeluaran racun-racun dari dalam tubuh kita. Hasil dari proses detoks yang optimum dan konsisten sangat luar biasa, iaitu tubuh anda akan mencerna makanan dengan lebih baik, kulit anda akan menjadi lebih bercahaya, sakit punggung, sakit sendi ataupun rasa sakit kronik lainnya akan hilang dan kecergasan serta stamina anda pun akan meningkat. 

Disamping itu juga, anda boleh mencuba produk Lotion dan Sabun F3S Slim & Glowing bersama F3S yang ternyata juga mampu untuk mengeluarkan toxin seterusnya dapat menurunkan berat badan dengan berkesan.

Adanya racun di dalam tubuh kita disebabkan pola pemakanan yang tidak sihat dan makan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi, serta pengambilan makanan dan minuman segera yang mengandungi zat berbahaya.
Langkah-langkah berikut ini yang perlu anda lakukan untuk melakukan proses detoks racun dari dalam tubuh:


minum air putih secukupnya setiap hari
minum air putih secukupnya setiap hari


1. Meminum air putih suam
Minum air putih secara cukup setiap hari sangat membantu dalam proses membersihkan sistem pencernaan. Air putih bekerja menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang berkumpul di dalam usus  melalui kulit, ginjal dan juga peluh. Air dapat melarutkan unsur-unsur kimia dalam darah  dan membantu memperbaiki jaringan tubuh dan pertumbuhan . Minumlah sekurang-kurangnya dua gelas air putih setiap pagi, setelah bangun tidur, dalam keadaan perut kosong. Air hangat akan membantu tubuh mengeluarkan racun secara semulajadi.

Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air  sehari.  Kekurangan air akan mengakibatkan darah menjadi pekat dan ini akan menyebabkan tersumbat dan meracuni sistem di dalam tubuh.
Air kelapa hijau membersihkan saluran pencernaan
Air kelapa hijau membersihkan saluran pencernaan

2. Air kelapa hijau
Air kelapa hijau mempunyai manfaat dalam membersihkan saluran pencernaan dan juga dapat melawan kuman, virus dan bakteria. Minum air kelapa hijau secara teratur boleh meningkatkan daya tahan tubuh dan mencukupi pengambilan cairan dalam tubuh.

3. Limau
Limau dapat membantu melakukan detoks pada hati. Kandungan lemon, limau nipis dan limau/oren mengandung limonene iaitu sejenis minyak yang meneutralkan 

Jeruk membantu melakukan detoksifikasi pada liver

Oren boleh membantu melakukan detoks pada hati penyebab kanser dalam hati. Hati yang bekerja seperti penapis udara perlu selalu dibersihkan. Jika tidak akan tersumbat racun dan melemahkan seluruh tubuh badan. Jadi bersihkan hati anda setiap hari dengan rajin mengambil limau.

Limau juga merupakan sumber utama vitamin C, yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh. Limau juga kaya akan flavonoid, antioksidan penting yang melindungi sistem imun manusia dengan cara melawan kuman dan bakteria penyebab penyakit. Minumlah minuman-minuman di atas, 10 minit sebelum anda menyantap sarapan untuk hasil yang lebih maksimal


4. Teh Hijau / Hitam
Teh Hijau / Teh Hitam dapat membantu menghilangkan racun merkuri. Racun merkuri sering terdapat pada makanan laut. Penyelesaiannya minumlah teh hijau atau hitam sebagai peneman apabila makan makanan laut. Penyelidikan membuktikan teh hijau atau hitam mencegah masuk ke aliran darah hingga 92%.
Teh hijau juga  merupakan salah satu anti oksidan semulajadi tertinggi. Mengandungi polyphenol yang membantu mengawal pembentukan glukosa dalam darah. Polyphenol menghambat pembentukan glukosa menjadi sel-sel lemak, serta mencegahnya masuk ke pusat aliran darah.

5. Yogurt
Yogurt dapat melindungi perut. Kandungan susu fermentasi yang banyak mengandung bakteri baik lactobacilus acidophilus dan lactobacilus bifidus ini meningkatkan kemampuan kolon mencegah kuman dan toksin menggandakan diri.

6. Makanan Organik
Makanlah makanan organik selama tiga hari berturut-turut dalam satu minggu. Makanan organik ini dapat menyingkirkan racun yang berkumpul pada usus. Hindari makanan segera, makanan berminyak, sayur mentah atau yang diproses secara singkat dan buah. Ini akan membuatkan pencernaan lebih sehat.
Gerakan kaki keluar mengecilkan paha dan betis
Membantu pengeluaran toksin melalui senaman.

7. Senaman
Senaman  secara teratur akan membantu pengeluaran toksin melalui peluh. Olahraga, selain membuatkan tubuh untuk berpeluh, juga meningkatkan peredaran darah dan merangsang sistem limpa. Senaman juga bermanfaat untuk menurunkan stress dan tekanan serta menstabilkan emosi kita.

Nak join kelas fitness atau melakukan pelbagai aktiviti senaman bolehlah datang ke
F3 Studio Ladies Gym di mana kami menawarkan pelbagai kelas fitness dengan yuran yang sangat berpatutan dan berbaloi khas untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Comments

Popular posts from this blog

JUMLAH KALORI 17 MINUMAN YANG POPULAR DI MALAYSIA

6 STEP HIIT UNTUK BEGINNER

SAKIT BADAN SELEPAS BERSENAM....MENGAPA YEAA????????