10 CARA KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT DAN BERKESAN
Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan
badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca,
namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk
kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada
peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.
Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang,
cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula,
rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double
chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.
LELAKI VS PEREMPUAN
Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya,
lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda
besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini
kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.
Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap
anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus
secara keseluruhannya.
Perlu diingat, tiada produk kesihatan seperti Shaklee, Herbalife dan
lain-lain yang diperlukan. Cuma sedikit masa yang keinginan yang kuat. Mari
ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.
1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS
Seronok kalau dapat jadi begini!
Selepas anda buat keputusan untuk
kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus,
hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya,
selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk
raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang
yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak
matlamat untuk kekal sihat.
2. PELAJARI ILMU TENTANG KALORI
Pantau berat badan selalu
Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur?
Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk
setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk
hari itu.
Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak
bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap
orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.
3. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL
Jangan sampai ‘obese’ begini baru nak mula diet
Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali
hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai
kandungan fiber yang tinggi.
4. ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM
Mee goreng memang sedap. Tapi kalau nak kurus, masih lagi bernafsu nak
makan?
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau
selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30
petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan
sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan
makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2
pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
5. ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA
Jangan sampai jadi gemuk, diabetes pula
Ini bukan untuk orang tua yang ada
kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk
semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N
dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah
minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini
semestinya dibuang.
6. TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK
Katakan tidak pada ayam goreng yang banyak minyak.
Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan
tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari
berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang
pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda
akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?
7. BANYAKKAN MAKAN BUAH
Kalau bosan dengan epal dan anggur, makan pisang dan tembikai susu
Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu
banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di
negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif
ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja,
buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan
membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu,
sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah
sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air
sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang
toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara
kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. BANYAKKAN BERJALAN (DAN BERJOGGING)
Seronok bila beriadah bersama keluarga
Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu
bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif
sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar.
Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki
peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik
tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih
ringan.
Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di
taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.
10. BERI 100% KOMITMEN PADA TUJUAN ASAL ‘NAK KURUS’
Bila malas, jangan sampai jadi begini lagi
Ingat lagi tips yang pertama, iaitu
set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana
rasa malas. Pokoknya, kena konsisten atau ‘istiqamah‘ dalam
melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan
yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan
duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu
melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.
AKHIR KATA
Nah, tidak perlu apa-apa produk bukan? Semuanya bergantung kepada
disiplin diri sendiri. Kalau bukan diri kita yang mendisplinkan diri sendiri,
siapa lagi?
Bayarlah RM15,000 sebulan pada
Personal Trainer di gym anda sekalipun , kalau minda tidak fokus pada kuruskan badan,
sukar untuk anda mencapai impian berat badan idaman. Usah percaya pil atau ubat
untuk cepat kurus. Jangan cuba-cuba makan pil kurus seperti
Amphetamine kerana ia membahayakan
kesihatan.
Cara paling mudah dan efektif
ialah: Ubah Cara Hidup atau ‘Lifestyle’.
Anda mahu berubah ke cara hidup yang lebih sihat... Boleh datang ke F3 STUDIO
LADIES GYM. Kami akan memberi panduan dan tips untuk anda berubah ke arah hidup yang yang lebih sihat.
Selamat mencuba!.
JOMMM LADIESSS!!!!!!
Comments
Post a Comment