Posts

Showing posts from April, 2018

Rolled Oats Kismis Untuk Yang Diet Malam Atau Siang. Gerenti Kenyang Dan Sihat!

Image
Resipi diet yang paling mudah sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam. Memang cepat kenyang dan rasa kenyang lebih lama serta banyak khasiat. ROLLED OATS BAHAN-BAHAN: §   Oat (rolled oat)*kuantiti mengikut berapa banyak yang anda suka §   Susu (boleh guna susu segar atau susu tepung) §   1 sudu teh  Chia seed §   1 @ 1/2 sudu teh  Ceylon cinnamon  §   Kismis (campur akhir sekali masa hendak makan CARA MENYEDIAKANNYA: 1.        Untuk makan segera panaskan susu segar atau susu tepung. Rendamkan oat seketika dengan susu panas. Masukkan susu sampai oat terendam sepenuhnya. 2.       Bila oat sudah kembang sedikit boleh masukkan  chia seed  dan serbuk kayu manis. 3.       Akhir sekali bila hendak makan baru campurkan dengan kismis. INFO:  1.        Boleh makan bersama buah-...

10 CARA KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Image
Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing. Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga. LELAKI VS PEREMPUAN Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri. Entri kali ini tidak ...

CARA MUDAH UNTUK MENGURANGKAN GARAM DAN LEMAK DALAM DIET ANDA

Image
Kajian menunjukkan bahawa pesakit buah pinggang kronik (CKD), tanpa mengira diagnosis, berhadapan dengan risiko penyakit kardiovaskular (CVD) yang semakin meningkat, termasuk penyakit jantung koronari, serebrovaskular, vaskular periferal dan kegagalan jantung. Risiko ini berhubung rapat dengan pengambilan garam dan lemak yang tinggi dalam diet. Natrium ialah suatu komponen garam. Natrium, yang sering terdapat dalam makanan masin, memainkan peranan penting bagi mengawal keseimbangan bendalir badan. Walau bagaimanapun, pengambilan natrium yang berlebihan boleh menyebabkan anda menahan dan menyimpan terlalu banyak air hingga meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah tinggi sering mengakibatkan kerosakan lebih serius kepada buah pinggang yang bermasalah, seterusnya menjejaskan fungsi buah pinggang dengan lebih teruk dan menambahkan pengumpulan bendalir dan sisa dalam tubuh. Jika anda berada pada peringkat awal penyakit buah pinggang kronik (CKD), doktor dan pakar pemakanan ...

SAKIT BADAN SELEPAS BERSENAM....MENGAPA YEAA????????

Image
Adakah anda pernah rasa sakit selepas melakukan aktiviti baru atau selepas melakukan latihan lebih banyak daripada hari biasa? Sakit sengal-sengal otot yang dirasai ketika satu atau dua hari selepas bersenam boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira tahap kecergasan anda. Tetapi jangan khuatir, jenis kekejangan otot ini sebenarnya adalah normal, tidak kekal lama, dan ia menjadi penunjuk peningkatan kecergasan anda. Mengapa Otot Saya Rasa Sakit Selepas Bersenam? Sakit otot yang dirasai selepas melakukan aktiviti fizikal, dikenali sebagai “Delayed Onset Muscle Soreness” (DOMS). Ia boleh berlaku apabila orang yang baru memulakan program senaman, menukar rutin senaman anda, atau meningkatkan tempoh atau intensiti kebiasaan senaman anda. Apabila otot dirangsang untuk bekerja lebih keras daripada kebiasaan, atau dengan cara yang berbeza, ia boleh mengakibatkan kerosakan mikroskopik kepada sel-sel otot, lalu mengakibatkan kesakitan otot atau ketegangan....